Senin, 03 Februari 2014

Buah-Buah Yang Semakin Sukar di Temui...

Jika anda berasal dari kampung, anda biasanya pernah mengenali buah-buah ini namun sekarang ianya agak sukar untuk di nikmati. Buah-buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga menjadi sebahagian daripada memori indah anda sewaktu di kampung. Buah-buah ini sukar di komersilkan kerana kesukaran mendapatkan dalam kuantiti yang banyak. Jika dari segi rasa pula memang ia kurang nilai komersil tapi ianya unik dan menarik bagi sesetengah orang.Relaks Minda ingin mengimbas kembali kenangan anda di kampung dengan melihat beberapa jenis buah-buahan kampung yang semakin sukar untuk kita nikmati. Bagi generasi sekarang...kenalilah buah-buahan tempatan ini...ianya unik dan banyak khasiatnya. 

Gambar kiri : Buah Nam Nam, rasanya masam-masam manis
Gambar kanan : Buah Rokam, kecur air liur mengenangkan buah yang masam ini.
Buah Jambu Air, masam-masam manis begitu sedap dimakan dengan kicap

Buah letop-letop, Buah dari pokok yang menjalar ini manis rasanya.

Buah Goncaq, buah yang halus seperti lada hitam ini bila masak berwarna merah kehitaman. Rasanya masam-masam manis. 

Gambar kiri : Buah Rotan, rasanya lemak,kelat bercampur manis
Gambar kanan : Buah Putat, buahnya rangup dan rasanya juga sedikit kelat.

Buah Jambu Mawar, buah jambu ini manis rasanya tapi isinya nipis.

Buah Mentega, digelar mentega kerana isinya kuning dan lembut seperti mentega. Rasanya lemak manis.

Buah Teratai, Bijinya enak di makan, rasanya lemak-lemak manis.
Semoga anda mendapat mengimbas kembali rupa dan rasa buah-buahan tersebut. Buat generasi kini, cubalah kenali dan nikmati rasa buah-buah ini agar dapat di sampaikan pula kepada generasi seterusnya. Mungkin anda ada kenangan terindah dengan buah-buahan ini...Cer cite... 

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Semoga Bermanfaat Semuanya, mohon koreksi dan saranya ya sahabat

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More