Jika anda berasal dari kampung, anda biasanya pernah mengenali buah-buah
ini namun sekarang ianya agak sukar untuk di nikmati. Buah-buah ini
mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga menjadi sebahagian
daripada memori indah anda sewaktu di kampung. Buah-buah ini sukar di komersilkan kerana kesukaran mendapatkan dalam
kuantiti yang banyak. Jika dari segi rasa pula memang ia kurang nilai
komersil tapi ianya unik dan menarik bagi sesetengah orang.Relaks Minda ingin mengimbas kembali kenangan anda di kampung dengan
melihat beberapa jenis buah-buahan kampung yang semakin sukar untuk kita
nikmati. Bagi generasi sekarang...kenalilah buah-buahan tempatan
ini...ianya unik dan banyak khasiatnya.
Gambar kiri : Buah Nam Nam, rasanya masam-masam manis














